Jelajah Ramadhan 2026
Program anjuran Persatuan Kakitangan Islam JKR Sabah ini telah merangkumi pelbagai zon di seluruh negeri. Semoga segala usaha membawa keberkatan dan mengeratkan ukhuwah sesama warga JKR Sabah.
Zon Pantai Barat Tengah
Majlis Jelajah Ramadhan bagi tahun 2026 telah dilancarkan oleh Dato Ir. Philamon Lajawai pada 4 Mac 2026 bertempat di Wisma Pan Borneo, JKR Putatan. Buat julung kalinya Zon Pantai Barat iaitu JKR Penampang, JKR Bandaraya Kota KInabalu, JKR Papar dan JKR Tuaran telah bergabung bersama Sektor Pan Borneo JKR Sabah bagi menganjurkan majlis tersebut. Seramai 500 kakitangan JKR Sabah telah menghadiri masjlis tersebut bersama 40 Orang penerima sumbangan daripada Rumah Anak Yatim As-Sakinah, Taman Pantai (Sabindo), KInarut, Papar.
Zon Pantai Barat Selatan
Bagi Zon Pantai Barat Selatan , Majlis berbuka puasa bersama kakitangan JKR Zon Pantai Barat Selatan telah di adakan di JKR Kuala Penyu. Seramai 30 orang golongan asnaf dan anak-anak yatim turut dijemput bagi meraihkan majlis tersebut.
Zon Utara
Bagi Zon Utara (Kudat, Kota Merudu & Pitas), Majlis Berbuka Puasa telah di adakan di JKR Kota Merudu. Seramai 15 org pelajar daripada Mahad Tahfiz Al-Imam, 8 Orang anak yatim dan 7 org warga emas/asnaf telah menerima sumbangan Ramadhan yang telah disediakan oleh Urusetia Zon Utara bersama Biro Kebajikan PKI JKR Sabah.
Zon Pedalaman
Majlis berbuka puasa bagi Zon Pedalaman (Keningau, Tenom, Nabawan & Tambunan), pada tahun 2026 telah diadakan di Perkarangan JKR Tenom. Seramai 47 orang telah dijemput untuk menerima sumbangan Ramadhan yang terdiri daripada Anak-anak Yatim sekolah Tahfiz, dan Ibu tunggal daripada setiap daerah di zon pedalaman.
Zon Timur
JKR Kinabatangan telah menjadi tuan rumah bagi Majlis berbuka puasa bagi Zon Timur . Majlis tersebut telah diadakan di JKR Kinabatangan dan seramai 20 orang golongan asnag=f dan anak yatim telah dijemput untuk meraikan majlis tersebut dan menerima sumbangan yang telah disediakan urusetia JKR Kinabatangan.
Zon Selatan
Bagi Zon Selatan, JKR Tawau telah menjadi tuan rumah pada majlis jelajah ramadhan tahun 2026. Majlis berbuka puasa tersebut telah diadakan di perkarangan JKR Tawau dan telah dihadiri oleh kakitangan JKR Tawau, JKR Kunak, JKR Lahad Datu dan JKR Semporna. Seramai 44 org jemputan yang dirai terdiri daripada Madrasah Ad Diniyyaah, Madrasah MADARU dan golongan asnaf telah menerima sumbangan Ramadhan pada majlis tersebut.
Zon Pantai Barat Utara
Buat julung kalinya, Malis Berbuka Puasa bagi zon Pantai Barat Utara telah diadakan di Hotel Promenade, Kundasang. Pada majlis tersebut seramai 63 orang telah menerima sumbangan Ramadhan terdiri daripada 47 orang anak-anak yatim dan 16 orang kakitangan JKR.







































